Bilik air lama, bocor atau kurang selesa digunakan? Kami membantu anda upgrade bilik air dengan jubin baru, kemasan moden, sistem paip yang kemas dan perlindungan kalis air (waterproof) yang tahan lama.

Tukar jubin lantai dan dinding yang lama kepada rekaan yang lebih moden

Waterproof untuk melindungi struktur rumah daripada kerosakan akibat air

Pemasangan dan penggantian paip air, floor trap, sinki, shower dan aksesori bilik air yang lain.

Renovasi lengkap termasuk jubin, waterproofing, plumbing, siling dan kemasan.
Kos renovasi bilik air bergantung kepada beberapa faktor:
Secara amnya, renovasi bilik air boleh melibatkan kerja asas seperti pertukaran jubin sahaja atau renovasi penuh yang merangkumi plumbing, waterproofing dan pemasangan aksesori baru.
Hubungi kami untuk lawatan tapak percuma dan sebut harga yang lebih tepat berdasarkan keadaan sebenar bilik air anda.
Kami mahu renovasi anda berjalan dengan lancar. Dari mula hingga akhir, semuanya telus dan teratur.

Kami memahami keperluan serta idea anda

Pelan dan sebutharga disediakan

Kerja dimulakan dengan pengawasan rapi

Semakan terakhir sebelum diserahkan

Kami tetap sediakan bantuan jika diperlukan
Antara soalan-soalan yang sering ditanya.
Kerja renovasi bilik air boleh merangkumi:
Ya site visit kami takde kos. Site visit membolehkan kami memahami keadaan sebenar bilik air anda sebelum mencadangkan skop kerja yang sesuai dan menyediakan sebut harga yang lebih tepat.
Tempoh renovasi bilik air bergantung kepada skop kerja yang diperlukan. Untuk kerja asas seperti penukaran jubin atau sanitary ware, projek mungkin mengambil masa beberapa hari. Renovasi bilik air yang melibatkan hacking, waterproofing dan kerja paip biasanya memerlukan tempoh yang lebih lama.
Ya. Kedudukan tandas, sinki dan ruang mandi boleh diubah bergantung kepada struktur sedia ada dan keperluan sistem paip. Kami akan menilai kesesuaian reka bentuk sebelum kerja dijalankan.
Sama ada anda ingin membaiki kebocoran, menukar jubin lama atau melakukan renovasi bilik air secara menyeluruh, kami sedia membantu dari peringkat perancangan sehingga projek siap.